Thursday, December 31, 2009

Majlis Doa Selamat dan Tahun Baru 1431 Hijrah








Majlis Doa Selamat dan Tahun Baru 1431 H bersama Majikan BMC , Pesakit dan juga Masyarakat setempat di Kepala Batas

Sunday, October 18, 2009

Penambahan Sesi DIalysis di PUSAT DIALYSIS BMC KEPALA BATAS


Di atas peningkatan pesakit ESRF di negara ini, Beyond Medicare telah mengambil langkah proaktif dengan menambah 12 lagi slot sesi dialysis di Pusat Dialysis BMC Kepala Batas Pulau Pinang. Sebanyak 7 sesi pagi dan 5 sesi petang telah ditambah.
Pesakit pesakit dari JPA,Veteran , MPSP ,Zakat dan juga SOSCO boleh mendapat slot secara mudah di sini dengan urusan pendaftaran dilakukan secara keseluruhan oleh pihak BMC.

Semua boleh menghubungi talian diatas untuk mendapatkan BORANG A & B untuk mendapatkan slot dialysis masing-masing.

Thursday, October 1, 2009

Pusat Dialysis Ibnu Sina


Pusat Dialysis Ibnu Sina bakal dibuka untuk penduduk di sekitar Baling, Sungai Petani, Grik dan kawasan sekitarnya berpengkalan di Kuala Ketil Kedah. Ini adalah satu lagi usaha Beyond Medicare dalam membantu pesakit buah pinggang menjalani sesi dialysis dengan system yang teratur. Pesakit disekitar Kuala ketil boleh hubungi talian di atas untuk pendaftaran awal. Insyallah akan mula beroperasi selepas Zulhijjah .

Wednesday, September 16, 2009

Hadiah Hari Raya untuk Pesakit di Pusat Dialysis BMC




Majikan BMC telah menyampaikan Hadiah kepada semua Pesakit ESRF di Pusat dialysis sempena Hari Raya Aidil Fitri yang bakal datang. Usaha ini telah mengeratkan lagi hubungan mesra diantara majikan dan juga pesakit yang menjalani dialysis di pusat ini.

Pusat dialysis BMC Kepala Batas akan menjalankan urusan dialysis pada musim perayaan seperti biasa untuk kemudahan dan keselesaan pesakit.

Untuk pesakit (ESRF) luar yang bercuti di kawasan sekitar Kepala Batas, Tasek Glugor,Butterworth,SgPetani,Seberang Jaya pada musim perayaan boleh hubungi kami untuk sesi dialysis di musim perayaan. SELAMAT HARI RAYA 1430H

Thursday, June 25, 2009

Pesakit Mendapat Rawatan yang Selesa


Pusat dialysis BMC Kepala Batas - Ruangan dialysis yang selesa, layanan staff yang mesra serta kemudahan interaksi (astro) untuk dinikmati oleh semua pesakit.





## BMC telah pun menambah bilangan machine.Masih ada 10 slot kosong kepada yang memerlukan. Sila hubungi kami untuk pendaftaran awal###

Friday, May 1, 2009

Cawangan Dialysis Kedua BMC di Kuala Ketil - PUSAT DIALYSIS IBNU SINA (AKAN DATANG)


Khusus buat rakyat Kedah , BMC telah berjaya memulakan usaha cawangan kedua pada 1 Mei 2009 di Kuala Ketil,Kedah. Pendaftaran untuk cawangan BMC baru di Kuala Ketil bermula dari hari ini (1.5.09). Kemudahan dialysis BMC di Kuala Ketil membolehkan pesakit-pesakit buah pinggang di sekitar Kuala Ketil, Sg Petani, Baling dan Grik mendapatkan service dialysis dengan harga yang berpatutan. Ini adalah satu usaha proaktif Beyond Medicare dalam memberi rawatan komprehensif kepada pesakit buah pinggang.
INSYALLAH akan beroperasi dalam bulan Oktober untuk penduduk Kedah.

SILA HUBUNGI UNTUK PENDAFTARAN AWAL di PUSAT DIALYSIS IBNU SINA(KUALA KETIL)
04-5750596 (SN HASNAH & SHIDAH)


Staff Nurse BMC(Kepala Batas) mesra Pesakit



Staff nurse BMC beramah mesra dengan pesakit semasa menjalani process dialysis. Tunjuk ajar dan bimbingan secara berterusan diberikan kepada pesakit yang menjalani dialysis di BMC.

Kepuasan pesakit memberikan usaha positive untuk staff nurse BMC meningkatkan mutu kerja. Selain layanan ramah pekerja,
pesakit juga diberi makanan dan minuman ringan percuma
serta tontonan siaran TV interaksi ASTRO sepanjang 4 jam dialysis.

Saturday, April 18, 2009

Pusat Dialysis BMC (Cawangan Kepala Batas)



PUSAT DIALYSIS BMC

Berpusat di Bertam, Kepala Batas Pulau Pinang mampu menampung 40-50 pesakit dalam setiap satu bulan rawatan. Ini adalah usaha murni syarikat Beyond Medicare untuk membantu pesakit-pesakit buah pinggang yang semakin meningkat di negara kita. Dianggarkan jumlah pesakit akan menjangkau 18 000 orang dalam akhir tahun 2008. Semoga usaha ini dapat membantu dan memudahkan pesakit-pesakit di sekitar Kepala Batas, Bertam, Tasek Glugor,Sg Petani dan Seberang Jaya untuk mendapatkan perkhidmatan dialysis. Agar usaha Beyond Medicare akan menjadi contoh dan titik tolak rawatan komprehensif yang terbaik kepada pesakit yang memerlukan.

KHIDMAT YANG DITAWARKAN

  1. Tiga Sesi Dialysis 7am -7pm (Ahad Cuti)
  2. Dialysis menerusi AV fistula dan juga IJC/Perm Cathether
  3. Kakitangan Yang Terlatih (Jururawat dan Doctor Khusus untuk rawatan Buah Pinggang)
  4. Alat Kecemasan untuk pesakit yang sediaguna.
  5. Kemudahan penghantaran pesakit ke hospital berdekatan
  6. Menerima pesakit tajaan

JPA, SOCSO, ZAKAT & NGO

  1. Rawatan susulan Pakar Nephrologi untuk pesakit

KHIDMAT TAMBAHAN PERCUMA

  1. Latihan Pendidikan Pesakit
  2. Slot TV kesihatan
  3. Diskusi bersama pakar pemakanan
  4. Interaktif bersama TV ASTRO
  5. Latihan rohani